Ahad, 11 Julai 2010

UBB OGOS BM TAHUN 4

BAHAGIAN B 2009



PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 4 Z

TARIKH: 8 JULAI 2010
LOKASI: MAKMAL KOMPUTER

JOHAN : NUR ATHIRAH MOHD RUDDI
NAIB JOHAN : NUR HAZIERA ABD HALIM

Rabu, 7 Julai 2010

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Tulis 1 perenggan lengkap daripada 5 pengajaran yang terdapat dalam puisi .

1.kasih dan taat kepada ibu bapa supaya______________
2.hormat kepada guru supaya ______________
3.minta ibu bapa membimbing kita dengan kasih sayang supaya kita menjadi seorang anak yang hormat dan taat kepada orang tua
4.kita mesti amalkan sikap hormat-menghormati kepada orang yang lebih tua.
5.rajin berusaha agar hidup_________
6.ingat kepada tuhan agar kita sentiasa membuat kebaikan dan menghidar daripada melakukan sebarang kejahatan.

Selasa, 6 Julai 2010

GURU YANG SAYA SANJUNGI

Semua orang ada guru yang mereka sanjungi. Terdapat ramai guru di sekolah saya. Namun, ada seorang guru yang amat saya sanjungi.
Cikgu Aminah bt Ahmad merupakan guru kelas saya. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya sangat sanjung cara Cikgu Aminah mengajar.
Cikgu Aminah berumur tiga puluh tujuh tahun. Beliau mempunyai tiga orang anak iaitu seorang anak perempuan dan dua anak lelaki. Cikgu Aminah ialah seorang guru yang baik hati. Beliau amat rajin mengajar saya cara-cara membina karangan yang baik. Apabila saya melakukan kesalahan, Cikgu Aminah akan memberikan nasihat. Cikgu Aminah jarang memarahi saya.
Beliau selalu riang apabila berada di dalam kelas saya. Cikgu Aminah sering memberi saya dorongan kepada saya agar menjadi insan yang berguna kelak.
Beliau bagaikan lilin yang menerangi hidup saya. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh sebagaimana dinasihati oleh Cikgu Aminah.Saya sangat sayang dan sanjungi Cikgu Aminah.