Selasa, 6 Julai 2010

GURU YANG SAYA SANJUNGI

Semua orang ada guru yang mereka sanjungi. Terdapat ramai guru di sekolah saya. Namun, ada seorang guru yang amat saya sanjungi.
Cikgu Aminah bt Ahmad merupakan guru kelas saya. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya sangat sanjung cara Cikgu Aminah mengajar.
Cikgu Aminah berumur tiga puluh tujuh tahun. Beliau mempunyai tiga orang anak iaitu seorang anak perempuan dan dua anak lelaki. Cikgu Aminah ialah seorang guru yang baik hati. Beliau amat rajin mengajar saya cara-cara membina karangan yang baik. Apabila saya melakukan kesalahan, Cikgu Aminah akan memberikan nasihat. Cikgu Aminah jarang memarahi saya.
Beliau selalu riang apabila berada di dalam kelas saya. Cikgu Aminah sering memberi saya dorongan kepada saya agar menjadi insan yang berguna kelak.
Beliau bagaikan lilin yang menerangi hidup saya. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh sebagaimana dinasihati oleh Cikgu Aminah.Saya sangat sayang dan sanjungi Cikgu Aminah.

Tiada ulasan: