Rabu, 18 November 2020

SIMPULAN BAHASA TAHUN 5

Kelas  atas talian  sempena PKPP

Tarikh: 18 Nov 2020

Masa: 9.00-10.30 pagi

Bahan;

link youtube Eduwebtv  :https://bit.ly/3kGrpV4

buku KETAM

Arahan:

Teka jawapan  10 simpulan bahasa berdasar  imej  .

Salin   simpulan bahasa dan maksud.


Selamat meneka!!!


JAWAPAN

1.anak emas -anak atau orang yang paling disayangi

2.bertikam lidah -bertengkar  atau berkelahi

3.sekangkang kera - kawasan yang sangat sempit atau tidak luas

4.kaki botol - orang  yang suka minum arak

5.mata duitan - terlalu tamak akan duit

6.senyum kambing - suka mengejek

7.muka tembok - orang yang tidak tahu malu

8.cahaya mata - anak

9.orang rumah - isteri  seseorang

10. tidur ayam- tidur yang tidak lena


KIRA JAWAPAN ANDA DAN TULIS  JUMLAH


Tiada ulasan: