Masa: 20 minit
Tulis pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan dalam satu perenggan.
"Alamak, sudah pukul tujuh pagi". Dengan tidak membuang masa, aku terus ke bilik air. Selepas mandi, aku cepat-cepat memakai pakaian sekolah, lalu menyambar beg di atas meja. Aku berlari-lari menuju ke pondok menunggu bas yang terletak berhampiran dengan rumahku. Di pondok bas itu ada seorang pemuda. Aku terus bertanya kepadanya, "Abang, bas sudah datangkah?" Pemuda itu tidak menjawab, sebaliknya tersenyum melihat aku. Aku serba salah. Rupa-rupanya baju yang aku pakai terbalik. Aku terpaksa berpatah balik ke rumah untuk membetulkan bajuku. Sampai di sekolah, aku ditahan oleh pengawas. Dia membawa aku berjumpa dengan guru disiplin.
"Mengapa kamu lambat?" tanya Cikgu Zakri.
"Saya terlewat bangun, cikgu,"jelasku. Dengan penjelasan itu, aku diarahkan untuk berdiri di tengah-tengah padang hingga tamat waktu pertama pembelajaran. Dalam kelas Cikgu Shima menyuruh murid-murid mengeluarkan buku latihan Matematik. Aku segera membuka beg. Alangkah terperanjatnya aku apabila alat solek kepunyaak kakakku penuh dalam beg. Aku serba salah.
"Ini yang awak bawa ke sekolah, Aisya?Kalau hendak jadi peragawati, tidak perlu ke sekolah," sambungya sinis. Murid-murid lain mentertawakan aku. Merah padam mukaku menahan perasaan malu.
Aku amat menyesal. Kalaulah aku mendengar nasihat ibu semalam, sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku.
Khamis, 30 September 2010
akhir tahun - B
Masa: 40 minit
Pilih dan jawab satu soalan sahaja.
Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1. Sebagai pengguna jalan raya, kita hendaklah berhati-hati ketika menggunakan kemudahan ini.
Tulis langkah-langkah untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya.
ATAU
2. Kamu ialah murid baru di sekolah kamu. Guru kelas meminta kamu menyampaikan ucapan untuk memperkenalkan diri kamu kepada kawan-kawan sekelas.
Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.
ATAu
3. Petang itu, aku duduk berehat di serambi rumah sambil berbual-bual bersama abangku. Tiba-tiba aku terdengar....
Sambungkan cerita ini agar menjadi cerita yang lengkap.

pra akhir tahun - C
Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Pada petang itu Azad bersiap-siap untuk menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah. Tepat pada pukul 3.30 petang dia sudah berada di sekolah.
Azad bersama ahli pengakap yang lain pasang telinga dan memberi tumpuan ketika cikgu mengajar cara mendirikan khemah.Selepas itu Azad bersama rakan-rakannya cuba mendirikan khemah seperti yang diajar. Di samping itu Azad juga sempat menolong kumpulan lain untuk menyiapkan khemah mereka.
Azad berasa gembira dengan aktiviti yang disertainya itu. Sebelum pulang dia bersalaman dengan Cikgu Hasan dan mengucapkan terima kasih kerana dia dan ahli kumpulannya telah pandai mendirikan khemah.
Selepas itu Azad terus pulang kerana dia tahu ibunya akan bimbang jika dia lewat.

pra akhir tahun B
Bahagian B
Pilih dan jawab satu soalan sahaja.
1. Bersukan merupakan satu kegiatan yang sangat penting dan patut diamalkan oleh setiap orang murid. Tulis karangan tentang faedah bersukan.
ATAU
2. Tulis karangan tentang guru yang kamu kagumi.
ATAU
3. .....aku sudah insaf. Aku menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibu.
Lengkapkan karangan di atas. Akhiri karangan kamu dengan ayat yang diberi.

Ahad, 26 September 2010
Khamis, 2 September 2010
Rabu, 1 September 2010
Langgan:
Catatan (Atom)