Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Pada petang itu Azad bersiap-siap untuk menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah. Tepat pada pukul 3.30 petang dia sudah berada di sekolah.
Azad bersama ahli pengakap yang lain pasang telinga dan memberi tumpuan ketika cikgu mengajar cara mendirikan khemah.Selepas itu Azad bersama rakan-rakannya cuba mendirikan khemah seperti yang diajar. Di samping itu Azad juga sempat menolong kumpulan lain untuk menyiapkan khemah mereka.
Azad berasa gembira dengan aktiviti yang disertainya itu. Sebelum pulang dia bersalaman dengan Cikgu Hasan dan mengucapkan terima kasih kerana dia dan ahli kumpulannya telah pandai mendirikan khemah.
Selepas itu Azad terus pulang kerana dia tahu ibunya akan bimbang jika dia lewat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan