Khamis, 30 September 2010

akhir tahun - C

Masa: 20 minit
Tulis pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

Tulis jawapan dalam satu perenggan.

     "Alamak, sudah pukul tujuh pagi". Dengan tidak membuang masa, aku terus ke bilik air. Selepas mandi, aku cepat-cepat memakai pakaian sekolah, lalu menyambar beg di atas meja. Aku berlari-lari menuju ke pondok menunggu bas yang terletak berhampiran dengan rumahku. Di pondok bas itu ada seorang pemuda. Aku terus bertanya kepadanya, "Abang, bas sudah datangkah?" Pemuda itu tidak menjawab, sebaliknya tersenyum melihat aku. Aku serba salah. Rupa-rupanya baju yang aku pakai terbalik. Aku terpaksa berpatah balik ke rumah untuk membetulkan bajuku. Sampai di sekolah, aku ditahan oleh pengawas. Dia membawa aku berjumpa dengan guru disiplin.
     "Mengapa kamu lambat?" tanya Cikgu Zakri.
     "Saya terlewat bangun, cikgu,"jelasku. Dengan penjelasan itu, aku diarahkan untuk berdiri di tengah-tengah padang hingga tamat waktu pertama pembelajaran. Dalam kelas Cikgu Shima menyuruh murid-murid mengeluarkan buku latihan Matematik. Aku segera membuka beg. Alangkah terperanjatnya aku apabila alat solek kepunyaak kakakku penuh dalam beg. Aku serba salah.
     "Ini yang awak bawa ke sekolah, Aisya?Kalau hendak jadi peragawati, tidak perlu ke sekolah," sambungya sinis. Murid-murid lain mentertawakan aku. Merah padam mukaku menahan perasaan malu.
      Aku amat menyesal. Kalaulah aku mendengar nasihat ibu semalam, sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku.

Tiada ulasan: